to all readers,do leave me your comment or suggestion at the shout mix or juz comment it on my entry..i really appreciate that and hoping that i could blogwalking to yours... =)

Selasa, April 19, 2011

Luar Nampak Kental,Dalam Hati Ade Taman Tema Beb!

rahsia hati kali ni aku cuba bertahan tak mahu siapa-siapa pon tahu..
orang kata,itu semua jihad...
aku pulak kata,selagi belum pasti,mulut jangan berbicara..

susah jugak nak tahan perasaan tu..
kadang-kadang rasa macam nak berak tapi tahi keras seperti terlebih milo dalam minuman..
tak pon macam rasa nak kentut sewaktu majlis keramaian tetapi segan akan berbau petai..

bak kata pepatah,ditelan habis pulak nanti,diluah membazir amalan syaitonnirrajim..

study week kali ni pulak aku hilang fokus..

penat jugak aku cari bawah katil mane tahu terjatuh sewaktu aku tidur..
dalam locker roomate akupon aku tak jumpa..
semalam aku cuba carik fokus yang hilang dengan cara melepak di bilik SRM...
dem!ape yang aku jumpa hanyalah cerita movie Just Go With it dan cara ketawa baru yang serupa macam enjin kereta yang payah nak start..

tapikan...cerita tu macam memberi impak yang besar...
walaupon tak seimpak filem impak maksima..
tapi aku kagum!
pandai dia buat pilihan..(ahh!namanyapon muvie..kalau sad ending ramai la yang nak bakar panggung wayang nanti!)
dan aku pasti pilihan dia tepat..
dan mungkin kalau cerita tu ada episod 2,aku yakin si hero tengah bahagia..

so,the moral of the story is,jangan tengok cerita yang memerlukan karekter buat pilihan..
kelak bila balik bilik kau akan menangis-nangis dekat roomate kau(ke aku sorang je macam tu?)
anyway,terima kasih my new BF,Farhanah Aqilah sebab dengar luahan hati aku macam bayi dahagekan susu pagi tadi...
kenapa nak nangespon aku tak tahu..
macam rasa nak sekeh diri sendiripon ade..gembeng!
walau apapon,bagus jugak terapi nangis tu sebab lepas nangis boleh terus tido..
walaupon dah bantai minum nescafe setin malam tadi..
dan effectnye aku bangun terus migrain..
hikhikhik..


p/s:berhati-hati dalam membuat keputusan..terutamanya sewaktu memilih minuman..terlebih minum teh ais,perut boleh jadi macam belon,terlebih minum nescafe,kepala macam nak meletop..sekian saja dari saya,karam singh julia untuk buletin pum pang pum pang aku dok berleter..

Tiada ulasan: